Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Privasi Permohonan Kerja

Notis ini menerangkan bagaimana Reikiaira Services & Construction (RA Services & Construction, JM0977025-A) mengendalikan data peribadi yang anda hantar melalui borang permohonan kerja di rascgroup.com/kerjaya.

Data yang kami kumpul

Tujuan

Data anda digunakan hanya untuk proses pengambilan pekerja: menilai permohonan, menghubungi anda untuk temu duga, dan menyediakan tawaran kerja jika berjaya. Kami tidak menggunakan data anda untuk pemasaran.

Siapa yang boleh lihat

Hanya pengurusan RASC yang terlibat dalam pengambilan pekerja. Kami tidak menjual atau berkongsi data anda dengan pihak lain, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

Penyimpanan & keselamatan

Data dan dokumen disimpan di pelayan web kami di Malaysia, dalam folder yang tidak boleh dicapai secara awam, dan hanya boleh dibuka melalui halaman admin yang dilindungi kata laluan.

Permohonan yang tidak berjaya akan dipadam dalam tempoh 12 bulan selepas proses pengambilan jawatan tersebut selesai. Jika anda diambil bekerja, dokumen anda akan dipindahkan ke fail kakitangan.

Hak anda

Anda boleh meminta salinan data anda, membetulkan data yang salah, atau menarik balik permohonan dan meminta data anda dipadam pada bila-bila masa. Sila nyatakan nombor rujukan permohonan anda (cth. KJ26-0001).

Hubungi kami

RA Services & Construction, A3-10-1 Mirage By The Lake, Cyberjaya, Selangor.
WhatsApp 016-716 0777 · Emel aziz@rascgroup.com

Dikemas kini: 16 Oktober 2026